Saturday, October 31, 2009

Thermos

Ini le thermos yg ainie baru dapat, menurut kata penjualnya thermos ini sudah lama macam yg oodah kata tu masih dalam keadaan elok

Boleh di gunakan tak de cacat celanya cantik kan..tang bunganya lain dari yang lain..kalu ade 2, 3 ketui kan bagus....

Friday, October 30, 2009

Hayatilah...

Utk Renungan Bersama ...

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah, 'Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.' Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar adanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. 'Rasulullah akan meninggalkan kita semua,' keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam,' kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. 'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. 'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?' Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. 'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, ' kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?' Tanya Jibril lagi. 'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?' 'Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.' Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. 'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. 'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. 'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. 'Badan Rasulullah mulai dingin , kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku', peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.' Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.'Ummatii, ummatii, ummatiii?'
'Umatku, umatku, umatku' Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Saturday, October 24, 2009

Ikan di laut asam di darat ....

Ehammmm ...Cik OOda hooi ,, ini lee koleksi mesouch yang terbaru ... pinggan dia datangnya dari seberang , teko dia datangnya dari over the sea, cawan nya pulak datang dari seberang gak, pasu yg kecil molek tu datangnya dari pantai timur ,,yang seronoknya bertemu jodoh di rumah mesouch...puas merisik- risik khabar baru le dapat bunga ini... layan je lah ..

Blueberry cheese kek


Ini le rupanye cheese kek Blueberry yg dah lama ku idamkan akhirnya tertunailah hajatku untuk membuat cheese kek ini..emmm rasanya memang sedap hingga tak terkata...penat lelah ku berbalas.. memang sodap ooodah nak rase mai eee

Sunday, October 18, 2009

Mug berbagai resipi..


Salam semua,,, harap kekawan yg d luar sana sihat sepanjang bulan syawal ramai yg sibuk dengan undangan majlis rumah jemput2, kalau dulu2 orang panggil rumah terbuka, semua orang boleh datang ke majlis rumah terbuka, masa berubah jika kita buat rumah terbuka kita perlu menjemput kekawan kita yg terdekat dan juga jiran yang terdekat sebb itu le mesouch panggil rumah jemput 2..
Mug yang bertulisan resipi ni sebenarnya mesauch baru je dapat petang ini pi hunting dekat barang bundle selepas balik dari berjumpa dengan laling Kak Azlina deco....seronoknya dapat berjumpa kak Azlina ni ape2 pun terima kasih ole2 dari mahjung ya kak Ina.....

Wednesday, October 14, 2009

Sambut tetamu



Hari ini cik sally nak tunjukan gambar pd cik molly tetamu cik sally pada hari ahad lepas, lepas balik je dari rumah cik ayu ..cik sally singgah dekat tesco n jj melayan kerenah anak cik sally yg nak main game ..dah pukul 4: lebih dah tamat anak cik sally main games bergeges balik rumah nak masak nasi dagang,,, buat ala - ala je bak tak de masa... cepat juge si sudin merasa nasi dagang cik sally ni....
Nanti kat rumah cik molly buat le nasi dagang tu..beras pun dah ada kan.. meveloosss gitu...

Saturday, October 10, 2009

Tuesday, October 6, 2009

Teko bunga Ros

Teko ni baru dapat dari cik mek oodah, masa raya tu hari pergi geladah dekat some one else, rega pun leh tahan gak, yg ini kecil dari yg biase kite jumpee....

Bunganye sedikit kabur tak terang sangat .kalu ade sepupu sepapat dia lagi cantik..kan cik mek oodah..

Terap Cendol

Malam ni mesouch nak story cikit n3 malam ini adalah terap cendol orang2 dulu2, rasenya d zaman serba moden pd hari ini pun orang masih guna terap cendol ada yg d perbuat daripada periuk ataupun tempurong kelapa...

Terap yg mesouch ada satu2 nye peningalan arwah ibu yg tidak ternilai bila ku pandang terus teringat ketika ibu mengunakan bekas terap cendol ni..rase2nya oodah pun ada..tapi sayang kayu nya sudah patah satu..akan ku simpan sebagai kolesi antikku..