Tuesday, June 16, 2009

Memory terindah dikala bersama IBU.

AssalamulaikumWarahmatullahiwabarokatuh, salam di beri sebagai tanda pembuka bicara. Salam semua saya panjatkan semoga allah melindungi kita dari segala kejahatan

Kepada mereka yang sudi membaca ku panjatkan syukur pada mereka yang tak sudi ku kira satu koleksi satu kenangan yang terpahat dihati untuk selama lamanya…..

Hujan turun renyai2 membasahi bumi tah kala kendengaran kilat pancar memancar, aku masih lagi mengalamun di tepi jendela usang yang sudah agak uzur, ibu tiada dirumah mancari sesuap nasi, hidup kami bagai kais pagi makan pagi kais petang makan petang..

Kelibat ibu belum ku lihat, “ biasanya ibu sudah balik waktu sebegini”, bisik hati kecil ku…aku mengalamum dan terus mengalamun…Ibu seorang yang kuat kerja dan cekal hati tak pernah patah semangat untuk mencari sesuap nasi ketika itu ibu masih begelar janda dan aku pada ketika itu baru berusaha dalam lingkungan 5 tahun dan tidak mengerti perit gentirnya seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya.. .Ibu berasal dari pantai timur dan berhijrah ke selatan sempadan tanah air, aku dan kakak ku dilahirkan di sana, selepas ibu berpisah dengan ayah yang tak pernah ku lihat, tak pernah ku dengar suara, tak pernah merasai kasih sayang dan peluk cium dari insan yang bergelar ayah. Pada sekitar tahun 70an ibu membawa aku dan kakakku keluar dari sempadan sana, bermula dari itulah aku dan keluarga ku mula bertapak di pantai timur…

Seingat aku , ibu memang kuat bekerja tak kira siang dan malam, aku dan kakak ku sentiasa ditinggalkan oleh ibu.. tahkala ibu tiada , abang2 ku yang tua mengantikan tempat ibu…

Ibu Selalu berulang alik dari tempat kerja , kadang-kadang sampai sebulan baru kelibat ibu muncul itu pun sekadar menjenguk kami adik-beradik. Selepas aku memasuki alam persekolahan pada tahun 80an ibu tidak lagi meninggal kan rumah ibu bekerja dikebun getah yang berhimpiran dengan tempat tinggal kami…

Adusss perit dan sedihnya aku melihat cara ibu bekerja keras untuk membesar anak2nya. Kadang kala aku menangis mengenang nasib ibu yang bersusah payah membesarkan aku dan keluarganya. Aku dan kakakku menjadi mangsa mengumpul susu getah, tak cukup dengan itu Ibu sangguh bekerja menebang kayu arang, bagi seorang perempuan yang bergelar ibu yang sanggup membuat kerja seorang lelaki. Pernah satu ketika aku mengikut ibu ke hutan, tiba-tiba kaki ibu terkena kapak, waktu itu musim banjir , aku tengok ibu selamba tanpa rasa sakit sambil mengeluarkan asap rokok di mulut. Kenangan ini tak ku lupa kan..

Keesok hari, ibu menyambung lagi dengan memotong getah, begitulah rutin kerja ibu. Ketika ini ibu sudah berkahwin lain, dan aku menpunyai bapa tiri , Bapa tiri ku boleh dikotegarikan seorang yang malas bekerja,seingat aku bapa tiriku tak pernah bertanyakan tentang anak2 tirinya..

Ibu sanggup berkorban untuk kami sekeluarga , ketika aku tamat darjah enam permohonan ibu untuk berpindah ketanah rancangan telah diterima . Oleh kerana aku dan kakakku akan memasuki sekolah menengah , ibu terpaksa tangguhkan terlebih dahulu hanya bapa tiri ku seorang sahaja kesana. Setelah tamat SRP pada awal 90an , ibu , aku & kakakku mula berpindah. Bermula dari sini lah hidup kami berubah sedikit demi sedikit.

Pengobanan ibu tidak terhenti disini. Ibu masih lagi bekerja kuat untuk anak-anaknya. Ya Allah, sungguh besar pengorbanan ibu terhadap anak-anaknya hingga tidak terbalas oleh ku. Bulan terakhir, hari terakhir, tahun terakhir 2008 bulan October ibu sanggup datang dari jauh semata2 ingin melawat anak-anak yang berada di sini, tapi kali ini ibu tidak seperti biasa, Ibu asik menyebut perkataan mati dan banyak berdiamkan diri …

Aku fikir itu satu gurauan ibu. Tak kala aku leka dengan kerja- kerja hingga terlupa pasal ibu. Tiba-tiba tel berdering lantas aku mengakat gengang tel rupe2 adik aku yang berada dikampung memberitahu aku yang ibu dalam keadaan tenat, aku terpaku dan terduduk.. Ya Allah kau selamatkan ibuku tak henti- henti aku berdoa agar ibu sembuh. Hari itu juga aku bergegas ke pantai timur untuk melawat ibu,sampainya aku di wad ICU. Sekali lagi aku menangis tah kala menetap wajah ibu dalam keadaan koma.. Selang beberapa hari ibu telah sedar dari koma aku dan keluarga semua gembira kerana masih berpeluang bercakap dengan ibu, tapi kali ini cara percakapan ibu sudah berlainan, perkataan yang disebut juga tidak ku fahami ..

Aku dapat bermesra dengan ibu hanya seminggu sahaja, lepas itu, ibu kembali koma untuk kali 2.. dan yang paling menyedihkan separuh badan ibu telah diserang penyakit stoke. Ya Allah sekali lagi kau menduga ku.. Pada tanggal 20/01/2009, jam 12.45 pagi ibu pergi buat selama-lamannya dan meninggalkan aku yang masih memerlukan seorang ibu

Al Fatihah untuk roh Ibu .Semuga Allah mencucuri rahmat keatasnya dan meletakkan rohnya disamping dengan orang –orang yang bertakwa. AMIN.


Kepada mereka yang masih mempunyai ibu jaga lah hati ibu, sayangilah ibu ketika ibu masih bernafas jaga lah mereka sepertimana ibu menjaga kita, jangan lah melukai hati w/pun sebesar kuman..



Amin..

Sidang Pengarang.







7 comments:

esKay said...

tersentuh jiwa saya membaca nya ainie...
"syurga dibawah tapak ibu"

Ainie said...

Tema kasih kerana eskay sudi membaca... ape kata sekali sekal kita selitkan pasal ore yg dah takde...tak de asik duk leka dgn benda2 antik ni....

azah said...

semoga rohnya berada dalam golongan mereka yg beriman..amin..sedih sungguh...menitis air mata baca sebab ingat mak kat kg sorang2...

MrsNor said...

tersentuh hati baca N3 kali ni. Besarnya pengorbanan ibu tak terbayar oleh kita..

moga roh nya berada dlm golongan org beriman.

~Yatt~ said...

alfatihah buat mak akak jugak..arwah mak saya pun sudah kembali ke ilahi pada tahun 2004..tak puas rasanya bermanja dengan mak..kasih ibu tiada gantinya..isk isk..sedih ler baca coretan kali nie..

Jieda said...

Alfatihah.Sedihnya baca en3 akak ni.Saya pun telah kehilangan insan yang digelar ibu pada 06.06.2008 huhuhu...

Anonymous said...

kerinduan pada arwah mak tak pernah padam kan ainie...kak inna pun mcm tu jugak...sayu baca kisah ainie ini..

semoga roh2 ibu kita termasuk di dalam golongan org2 yang beriman dan dikasihi Allah